Pantun Si Penenang Jiwa Nan Lara
Dalam masyarakat Melayu, pantun telah diterima sebagai puisi Melayu terawal dan asli berbanding dengan puisi-puisi lain. Bentuk yang berangkap-rangkap merupakan ciri sebuah puisi. Dalam hal ini Za'ba menyatakan bahawa fungsi pantun dalam mansyarakat Melayu telah meluas sebelum meraka tahu menulis. Justeru, dalap dapat difahami bahawa kedudukan pantun sebagai satu warisan seni yang memiliki kekuatan estetik adalah milik masyarakat Melayu sejak zaman berzaman yang wajar dipertahankan.
Contoh Pantun
1,2,3 kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
2,3 boleh ku cari
Manakan sama si adik sorang
Pisang emas di bawa belayar
Masak sebijik di atas peti
Hutang emas boleh di bayar
Hutang budi di bawa mati
Buah cempedak di luar pagar
Ambik galah tolong jolokan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukan
1,2,3 kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
2,3 boleh ku cari
Manakan sama si adik sorang
Pisang emas di bawa belayar
Masak sebijik di atas peti
Hutang emas boleh di bayar
Hutang budi di bawa mati
Buah cempedak di luar pagar
Ambik galah tolong jolokan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukan
Maksud Pantun Tersebut ialah:
Pantun pertama bermaksud walaupun ramai yang ingin mendampinginya namun hatinya tetap kepada kekasih hatinya yang di cintai yang di sayangi.
Pantun kedua bermaksud berbudi bahasa lebih penting kerana orang akan mengingatinya sampai bila-bila.
Pantun ketiga bermaksud kita haruslah memberi tunjuk ajar dan menolong golongan yang tidak bernasib baik dan kurang pandai.